Jadi Agen redONE Bukan Sekadar Buat Pendaftaran, Boleh Bayarkan Bil-Bil Juga!

Malu apa bossku.. nama pun jadi bos sendiri kan? Alang-alang dah bergelar agen redONE tu, anda boleh memanfaatkan segala kelebihan yang diberikan.

Dah ada ID redONE, dah cari prospek, dah sign up prospek baru, jangan dilupa yang anda juga ada kelebihan untuk buat pembayaran bil pospaid redone dan juga bil-bil utiliti yang popular!

IKLAN

Betul ke?

Paling penting setiap transaksi pembayaran bil-bil, anda akan terima komisen! kiranya tolong bayarkan bil pun ada gaji lah ni 🙂

IKLAN

Ada 2 cara/saluran untuk membolehkan anda akses kepada sistem pembayaran bil-bil ini.

  1. redONE partner app (google playstore)
  2. ewallet website ( https://login.redone.com.my/OneLogin/ )


Klik gambar untuk terus Download

Pastikan anda adalah merupakan seorang rakan niaga / agen redONE yang sah sebelum ikut tutorial yang saya kongsikan ini. Jika belum mendaftar sebagai agen redone, anda boleh daftar terus dengan saya.

Paparan utama di redONE Partner App

Di bahagian ‘username’ & ‘password’ tersebut anda hanya perlu memasukkan Id anda dan kata laluan yang sama sepertimana anda log in pada permulaan sistem (one login / mreg ). Semak nama & butiran anda sebagai agen redONE selepas berjaya ‘log in’.

Klik pada garis tiga sebelah kiri atas

Anda akan melihat beberapa pilihan ‘sub-menu’ ;
  • Pay Bill – Bayaran bil redone postpaid
  • Prepaid Reload – Tambah nilai terus kepada nombor pra-bayar
  • Pin Purchase Record – Rekod belian pin/kod tambah nilai pra-bayar
  • Credit Transfer – Jual beli kredit ewallet sesama agen
  • Transfer To Finance – Segala transaksi khas dengan redONE
  • Pay Utility Bill – Bayaran bil-bil utiliti semasa
  • Topup Ewallet – Tambah nilai kredit ewallet atas talian dari bank anda
  • Receipts – Resit bayaran dibuat
  • Customer Care – mesej / live chat dengan pusat bantuan khidmat pelanggan redONE

Senarai Bil-Bil Utiliti Yang Boleh di Bayar

Selain dari menggunakan aplikasi redONE Partner App ini, seperti yang saya katakan tadi anda juga boleh terus ke portal rasmi redONE iaitu https://login.redone.com.my/OneLogin/ , log in kemudian anda terus memilih ‘EWALLET’. Di sini anda juga boleh buat pelbagai urusan transaksi / pembayaran sepertimana sama dengan penggunaan aplikasi redone partner apps.

Paparan di portal Ewallet

Jika ditanya pada saya, secara peribadinya saya lebih suka menggunakan akses terus dari portal ewallet ini berbanding dengan aplikasi. Walaubagaimanapun, ianya bergantung kepada anda mana yang dirasakan lebih ‘flexible’ dengan jiwa.

Di portal ewallet ini aksesnya lebih sedikit meluas dengan agen-agen boleh menyemak apa-apa sahaja dari sini termasuk segala penyata pembayaran komisen yang dikreditkan pada setiap kali transaksi dilakukan. Fungsi yang mesra pengguna dan saya yakin anda boleh memahaminya dengan mudah.

Seperti paparan gambar di atas, di bahagian ‘transaction’ ini lah tempat untuk anda melakukan segala transaksi pembayaran bil-bil, tambah nilai pra-bayar, pindahan kredit dan sebagainya. Hanya perlu isikan ruang-ruang kosong yang bertanda ‘*’ dan ikut arahan dengan teliti.

IKLAN

Ada banyak lagi kelebihan jika anda bergelar sebagai rakan niaga / agen redONE yang sah. Semoga panduan & perkongsian ini bermanfaat buat anda atau agen-agen baru di luar sana. Boleh share artikel ini kepada agen-agen baru anda. Sebarang persoalan, anda boleh terus tinggalkan di ruang komen di bawah ini.

Berminat nak jadi Agen redONE ?

 

 

 

Share: