Nak Bayar Bil redONE melalui Maybank2u?

Malas nak ke kedai untuk untuk membayar bil redone anda? 

Tak mengapa jika anda mempunyai sistem perbankan atas talian (Maybank2u). Dengan hanya tidak sampai 5 minit pembayaran telah siap dibayar mengikut langkah-langkah mudah yang disertakan di bawah ini. Jimat masa & tenaga kan?

IKLAN

Anda boleh ikut tutorial yang disertakan ini ;

  • Daftar masuk ke akaun Maybank2u anda
  • Klik pada Accounts & Banking  (Menu Teratas)
  • Klik pada Bill Payment (menu sebelah kiri)
  • Pilih pada Make a one off payment
  • Pilih pada Broadcasting & Telecommunications & Continue
  • Pilih redONE
  • Masukkan jumlah yang hendak dibayar & No Akaun bil redone
  • Selesai

Mudah bukan? Selain dari kaedah maybank2u, anda juga boleh buat bayaran bil redone anda di saluran yang lain sepertimana gambar di atas. Pembayaran melalui Maybank2u ini akan ambil masa antara tempoh 1-2 hari bekerja untuk update ke dalam sistem rekod bayaran.

Walaubagaimanapun anda dinasihatkan untuk buat bayaran terus melalui agen/kedai redone sekiranya pada ketika itu bil anda telah disekat penggunaannya bagi mengelakkan anda kena menunggu masa yg agak lama untuk aktifkan kembali talian. Diharapkan artikel ini dapat membantu anda dan sebarang pertanyaan/pendapat boleh tinggalkan di bahagian ruangan komen di bawah.

PM Saya Terus Untuk Persoalan

Share: