Bolehkah Jika Saya Membayar Lebih Untuk Bil redONE Saya?

“Alamak, saya terbayar lebih pula bil redONE pada bulan ini”

IKLAN

Saya seringkali menerima ajuan pertanyaan seperti di atas ini, dan apa yang boleh saya katakan, jangan panik. Duit anda tidak akan ‘lesap’, saya jamin 100%.

Screenshot_20171201-124906

Cuba anda lihat pada bil redONE di atas ini. Anda lihat pada ruangan ‘Balance brought forward & juga Credit Movement’ tertera jumlah pembayaran yang dibuat oleh pelanggan ini. Dia telah membuat pembayaran lebih (Advance Payment) kepada pihak redONE.

Mari kita lihat di ruangan ‘Total Amount Due’ pula telah tertera -2930.76. Apakah maksud negatif itu? Jika anda melihat ada tanda ‘ – ‘ (negatif) pada bil anda, ini menunjukkan yang redONE sebenarnya telahpun ‘berhutang’ dengan anda !

Sebanyak atau sedikit manapun jumlah tersebut, ianya tidak akan ‘burn’. Di bawa ke bulan-bulan yang berikutnya yang mana anda mungkin tidak perlu untuk membayar bil ataupun bil anda semakin kurang jumlahnya dek kerana anda telahpun membayar lebih pada waktu yang terdahulu.

Anda telah jelas? So, tiada masalah untuk anda membayar lebih jika mempunya bajet yang lebih pada ketika itu.  Mudah kan?

Share: