JOM SANTAI & TENANGKAN FIKIRAN ANDA

Penat bekerja? Penat untuk buat bisnes marketing?

Ok, apa salahnya sempena musim cuti sekolah ini, anda mengambil cuti rehat untuk menghilangkan segala kepenatan yang anda ada dan membawa ahli keluarga anda pergi bercuti! Beri ‘reward’ pada diri anda dan keluarga dengan percutian.

IKLAN

Tidak semestinya percutian yang mahal  dan anda perlu pergi ke luar negara, di Malaysia ini sebenarnya banyak tempat-tempat yang menarik untuk dilawati. Saya sendiri secara jujurnya masih belum habis menjelajah dan terokai tempat-tempat percutian yang ada di Malaysia ini.

Kali ini saya memilih destinasi percutian di tempat yang agak sejuk suhunya iaitu Cameron Highlands yang terletak di negeri Pahang. Saya nak kongsikan dengan anda pengalaman percutian saya di sini. Ini adalah percutian kali kedua saya membawa keluarga ke Cameron Highlands.

Apa yang penting, anda perlu rancang seawal mungkin perjalanan anda bagi mengelakkan permasalahan yang timbul semasa anda sedang bercuti. Musim cuti sekolah ini pastinya banyak tempat-tempat percutian & peranginan yang menjadi tumpuan ibu bapa untuk membawa ahli keluarga bercuti.

Sesuaikan bajet anda dan tempah ‘homestay’ atau rumah penginapan setidak-tidaknya dua minggu awal sebelum Tarikh yang anda rancang untuk bercuti. Seperti biasa, pada musim percutian sekolah, kebiasaannya banyak tempat yang penuh dan harga tempat penginapan akan sedikit melonjak naik.

Perumahan Makmur (Tanah Rata)

Jika anda ingin ke Cameron Highlands, anda ada 2 pilihan sama ada hendak naik dari arah Simpang Pulai ataupun dari Tapah. Kebiasaannya jika yang bergerak dari utara akan menaiki melalui Simpang Pulai dan manakala mereka yang dari selatan akan naik melalui laluan Tapah.

Saya sendiri suka naik dari arah Simpang Pulai (Saya dari Melaka) dan semasa balik akan turun melalui Tapah. Laluan Tapah agak mencabar sedikit kerana jalan yang bengkang bengkok dan sempit berbanding dari arah  Simpang Pulai.

Ok, percutian saya di Cameron Highlands kali ini, saya telah pergi ke beberapa tempat yang dikatakan WAJIB singgah. Ini adalah senarai tempat yang saya sempat singgah semasa percutian di sini;

  • Pasar Malam Golden Hills
  • Keafarm
  • Kc Kwang Grapes Farm (Jalan Blue Valley)
  • Cameron Adventure ATV & SAFARI
  • Bharat Tea Terla (Cameron Valley)
  • Lata Iskandar Hutan Lipur (Jalan Tapah)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sebenarnya, banyak lagi tempat-tempat menarik bila anda telah sampai di Cameron Higlands ini. Mungkin kena bercuti selama seminggu di sini baru habis dapat melawat ke semua tempat-tempat yang ada.

Mungkin anda boleh merancang perjalanan percutian anda berdasarkan panduan ini;

Anda akan jumpa tempat ini secara turutan jika anda naik dari arah Simpang Pulai;-

  • last stop(kedai)
  • avant choc(green view garden)
  • meiko
  • BHP petrol
  • kc kwang grapes tomatoes farm(jln blue valley)
  • KG.RAJA
  • MASJID KG.RAJA
  • bharat tea terla(cameron valley)
  • lavender garden
  • rose valley
  • bee farm
  • aranda nova
  • BOH tea sg palas
  • butterfly farm
  • raju hills strawberyy
  • keafarm
  • kea garden
  • rose centre
  • cafe lorong
  • cactus point
  • s corner
  • time tunnel
  • aked peladang

BRINCHANG

  • big red strawberry farm
  • cactus centre
  • petronas
  • MASJID BRINCHANG
  • shell
  • Brinchang food court

TANAH RATA

  • kasimanis strawberry
  • healthy strawberry
  • pasar mlm golden hills
  • Kg.Tmn Sedia(kg.melayu,byk kebun strawberi melayu),homestay kg style
  • Kem Sungai Pauh (tapak pkhemahan)
  • Parit Fall
  • tmn rekreasi tanah rata
  • MASJID TANAH RATA
  • restoran steamboat taman abang
  • agroteknologi MARDI
  • Taman Bunga Pelangi

RINGLET

  • bharat tea ringlet(cameron valley)
  • Agro Highlands Sungai Bisek
  • BOH tea Habu
  • MASJID RINGLET
  • ladang anggur bertam valley
  • lata iskandar(jln tapah)
  • tasik TNB Hidro Jelai (jln ringlet-koyan)

(LALUAN SPG.PULAI-CH-KOYAN/TAPAH)

Share: