Teringin Nak Buat Iklan Di FB, Tapi Tidak Tahu Bagaimana Caranya?

Wajib ke individu yang terlibat dengan perniagaan kena tahu bagaimana nak ‘run’ iklan di laman sosial popular Facebook?

Penggunaan strategi pemasaran online sangat meluas pada hari ini, antara yang selalu digunakan oleh individu yang menjalankan perniagaan sama ada yang mempunyai kedai atau di alam maya (online) adalah dengan membuat iklan-iklan di laman sosial muka buku (facebook).

IKLAN

Secara asasnya iklan di facebook ini terbahagi kepada dua jenis iaitu iklan PERCUMA & iklan BERBAYAR (fb ads). Saya yakin rata-rata anda yang sedang membaca artikel ini biasa membuat iklan secara percuma dengan ‘share’ iklan anda di wall sahabat, kumpulan-kumpulan perniagaan, status cerita dan banyak lagi. Tapi AWAS, jika terlebih perkongsian, risiko untuk anda di ‘BANNED’ dari FB amat cerah 🙂

Apa yang ingin saya kongsikan dengan anda hari ini adalah bagaimana caranya untuk anda bermula sebagai ‘beginner‘ fb ads (iklan berbayar)?

Secara subjektifnya, fb ads ini lebih berpotensi untuk memberikan impak jika anda tahu bagaimana nak mengendalikannya (sehingga ke hari ini, saya tidak berhenti untuk terus belajar dan belajar). Apa yang penting sekali, pertama anda wajib memiliki FACEBOOK PAGE (halaman facebook). Kalau belum ada, anda kena ciptakannya sekarang juga! 🙂

Anda perlu buat satu posting di fanpage fb anda. Letakkan 1-3 gambar yang mampu menarik perhatian audiens bilamana mereka sedang scroll fb nanti. Jangan letak gambar lebih dari 3 dan sebenarnya kalau konten yang anda akan masukkan nanti menarik, gunakan 1 gambar sahaja sudah memadai. Pastikan di dalam gambar tersebut tiada tulisan-tulisan besar dan kalau boleh tanpa sebarang tulisan langsung adalah lebih digalakkan kerana ianya akan menaikkan dan mempengaruhi penyebaran iklan anda nanti.

Dah masukkan gambar, kini giliran konten ataupun lebih dikenali sebagai ‘copywritting‘. Pastikan tidak terlalu panjang meleret-leret seperti artikel saya ini ya? Pastikan padat dan dapat menambat hati para pembaca bila iklan anda telah di pasarkan nanti. Bukan apa, takut jika terlalu panjang, audiens tak larat pula nak membacanya. Selepas anda ‘publish‘ kan posting tersebut, anda akan nampak butang berwarna biru “BOOST POST“. Klik butang tersebut, tapi jangan terus tekan untuk kali kedua. Kena set beberapa perkara dahulu;

Anda perlu set kan beberapa perkara sebelum jalankan fb ads tersebut. Tentukan apa matlamat iklan anda (goal), Pastikan anda memilih kawasan/tempat yang betul untuk menjadi ‘prospect targetting‘. Saya bagi satu contoh mudah, anda menjalankan perniagaan pusat saloon rambut, semestinya anda mensasarkan prospek dari kawasan terdekat dan logik. Jangan membazirkan wang anda untuk meletakkan prospek yang berada beratus-ratus kilometer dengan kedai anda.

Seterusnya letak bajet yang sederhana atau yang paling minima dahulu untuk permulaan kerana kita perlu lihat sambutan/respon daripada audiens terlebih dahulu sebelum kita menaikkan harga pelaburan. Semakin mahal bajet anda, semakin tinggi bakal capaian audiens yang akan nampak iklan anda nanti di wall mereka.

Dah siap letak target dan harga bajet anda, akhir sekali anda tekan butang ‘Boost Post Now” dan pihak adsvertising facebook akan mula menilai posting anda terlebih dahulu sebelum ianya diluluskan. Sekiranya anda mengikut sepertimana panduan yang saya berikan tadi, rasanya tiada masalah dari pihak FB Ads untuk meluluskan permohonan iklan berbayar anda.

Saya juga mengesyorkan anda untuk download aplikasi di bawah ini kerana ianya lebih memberikan pengkhususan pada FB Ads yang anda jalankan dan memudahkan anda untuk memantau segala ‘engagement’, ‘reach‘ dan pergerakan bajet anda.


Klik Untuk Terus Download

Semoga anda dapat belajar sesuatu yang baru hari ini. Seperti biasa jika perkongsian saya ini anda fikirkan memberikan manfaat, mohon untuk tekan Like & Share di ruangan bawah ini. Jika ada yang ragu-ragu atau kurang faham, anda juga boleh terus taipkan sebarang pertanyaan di ruang kotak komen di bawah.

Share: