IKLAN

Bagaimana untuk melanggan redSMS?

 

 

SOALAN LAZIM

  1. Apakah redSMS?
    redSMS adalah Value Add Service yang terbaru yang menawarkan SMS TANPA HAD ke pasca bayar redONE dan 100 SMS ke rangkaian lain dengan harga RM10 sahaja.
  2. Adakah redSMS ialah VAS kekal yang ditawarkan oleh redONE?
    Ya. Efektif mulai 4 Mac 2019.
  3. Dimana saya boleh melanggan redSMS?
    Untuk pelanggan baru, anda boleh melanggan redSMS bila mendaftar talian baru di seluruh cawangan redONE ataupun Kedai Rakan Niaga kami yang berdekatan
    Untuk pelanggan sedia ada, anda boleh melanggan melalui tiga cara
    • Hantarkan <ON redSMS> ke 23388
    • Dail *123# atau
    • Hubungi Khidmat pelangan kami
  4. Siapa yang boleh melanggan redSMS?
    redSMS boleh dilanggani secara eksklusif untuk semua pelanggan baru dan sedia ada untuk pelan RP8, Amazing8, Amazing28, Amazing48, Amazing48 +, POS38, POS58, SMP8, Super8, Super28 dan Super48.
  5. Adakah terdapat sebarang caj untuk SMS yang saya hantar ke 233880?
    Setiap SMS akan di caj RM0.05 ke dalam bil anda
  6. Bagaimana untuk berhenti melanggan redSMS?
    Anda boleh hubungi Khidmat Pelanggan kami untuk berhenti melanggan redSMS.
  7. Saya telah berhenti melanggan redSMS. Bolehkah saya melanggan redSMS lagi?
    Ya, anda boleh melanggan melalui USSD *123# atau dengan menghantar redSMS ke 23388 sekali sebulan. RM10 akan di caj kedalam bil anda untuk setiap langganan redSMS yang berjaya.
  8. Adakah yuran langganan diperlukan untuk melangan redSMS?
    Tidak, tiada yuran langganan diperlukan untuk melanggan redSMS.
  9. Adakah saya akan terikat dengan kontrak jika saya melanggan redSMS?
    Tidak, tiada kontrak untuk redSMS. Anda boleh memilih untuk berhenti langganan pada bila bila masa. Bagaimanapun yuran langganan tidak akan dipro-rata yuran langganan tetap akan dicaj ke dalam bil anda.
  10. Saya telah menghantar ON redSMS kepada 23388. Bagaimana saya ingin tahu bahawa langganan saya telah berjaya diaktifkan?
    Anda akan menerima SMS pemberitahuan untuk memberitahu anda langganan anda telah berjaya dalam tempoh masa 5 minit.
  11. Saya adalah pelangan RP8. Bolehkah saya melangan redSMS?
    Ya, anda boleh.
  12. Saya adalah pelanggan pelan Amazing28 apabila saya melanggan redSMS baru pada 21 Mac 2019. Bagaimanapun, saya meminta untuk mengubah pelan Amazing28 saya ke pelan Amazing48 + pada 28 Mac 2019. Adakah langganan redSMS saya akan berterusan?
    Ya. Langganan akan diteruskan sehingga anda meminta untuk di berhentikan.
  13. Adakah terdapat Fair Usage Policy untuk SMS tanpa had kepada nombor pascabayar redONE?
    Ya, Fair Usage Policy untuk 3000 SMS setiap bulan
  14. Apa yang berlaku apabila saya melebihi Fair Usage Policy dengan SMS tanpa had?
    Anda boleh meneruskan SMS ke nombor rangkaian lain pada RM0.05 setiap SMS untuk baki hari yang tinggal dalam bulan itu.
Share: