TIPS Pembayaran Bil Buat Pelanggan redONE Postpaid

Dah jadi pelanggan redONE, tapi masih belum memahami bagaimana kitaran bil redONE anda pada setiap bulan?

Ok, pada kali ini saya ingin kongsikan dengan anda bagaimana nak fahamkan perjalanan bil redONE anda pada setiap bulan supaya pengurusan anda akan berjalan dengan lancar dan lebih mudah. Sebenarnya pada pendapat saya, menggunakan bil/postpaid ini sangat mudah kerana kita hanya perlu bayar sebulan sekali sahaja iaitu sama seperti bil-bil utiliti kita yang lain seperti Astro, TNB, Air dan sumpamanya.

IKLAN

IKLANJOM KE CHANNEL YOUTUBE SAYA

SIMULASI/INFO KITARAN BIL REDONE

Saya andaikan bil bulan Januari 2019 sebagai contoh;

  • Untuk bil bulan Januari 2019 anda akan terima sms/notis pada 1@2hb Februari 2019 & pemberitahuan untuk buat bayaran sebelum 1hb Mac 2019.
  • Jika masih tiada sebarang bayaran bil dibuat pada 28hb Februari 2019, sistem akan automatik menghantar sms kepada anda untuk tujuan peringatan.
  • Jika masih tiada sebarang bayaran bil dibuat pada 10hb Mac 2019, sistem sekali lagi akan automatik menghantar sms kepada anda untuk tujuan peringatan.
  • Jika masih tiada sebarang bayaran bil dibuat pada 13hb Mac 2019, sistem sekali lagi akan automatik menghantar sms kepada anda untuk tujuan peringatan.
  • Sistem akan automatik menyekat (pending barred) pada talian anda pada 15hb Mac 2019 tersebut & anda perlu jelaskan bil bulan Januari sepenuhnya jika ingin talian anda dibuka kembali.

##Selepas pembayaran (ketika pending barred), anda perlu ‘restart‘ kembali telefon anda. Pastikan bayaran yang dibuat adalah melalui kedai-kedai / agen redONE yang sah bagi tujuan untuk percepatkan proses membuka sekatan talian.

Mudah bukan? secara asasnya redONE memberikan anda sehingga 45 hari tempoh masa untuk buat bayaran bil dari mula-mula bil dikeluarkan bagi memahami situasi anda kerana setiap individu menerima gaji pada tarikh yang berbeza pada setiap bulan 🙂

Anda boleh rujuk juga pada artikel ini berkenaan semakan bil iaitu kemudahan yang disediakan oleh redONE 

Ada persoalan berkenaan dengan topik ini? Bagaimana pula jika tiada bayaran bil yang dibuat sehingga tempoh 60 hari dan sebagainya? Boleh taipkan persoalan anda di ruang komen di bawah.

Share: