5 Tanda-Tanda Peranti Pintar Anda Dijangkiti VIRUS

Komputer dan virus sememangnya tidak dapat dipisahkan lagi semenjak azali. Secanggih mana sekalipun teknologi berkembang, virus juga akan terus berkembang untuk menyaingi dan seterusnya bertindak untuk menceroboh sistem pertahanan komputer.

IKLAN

Walaupun peratus untuk peranti pintar adalah kurang untuk dijangkiti oleh virus berbanding komputer, langkah berjaga-jaga tetap perlu diambil. Terdapat beberapa tanda bahawa telefon pintar android anda akan menunjukkan sama ada ia telah dijangkiti virus ataupun didiami sejenis perisian jahat. Sekiranya telefon anda menunjukkan tanda-tanda berikut, sudah tiba masanya untuk melihat dengan lebih mendalam tentang apa yang mungkin menyebabkannya berlaku.

  1. Gangguan ‘pop-up’ secara tiba-tiba:  Jika anda melihat munculnya iklan-iklan keluar (pop-up) pada telefon anda, itu adalah tanda tertentu bahawa telefon anda telah dijangkiti dengan malware atau adware. Berkemungkinan besar sebelum itu ketika anda berada di website yang meragukan anda ada ter ‘klik’  YES pada mana-mana butang  pop-up yang keluar di skrin atau cuba ingat semula beberapa aplikasi terakhir yang telah anda muat turun dan lihat mana salah satu daripadanya yang membawa adware ke telefon anda,  Uninstall aplikasinya dengan serta-merta.
  2. Peningkatan penggunaan data:  Apabila telefon anda dijangkiti oleh virus jahat, ia juga akan mula menggunakan sumber data telefon untuk menunjukkan iklan atau menghantar maklumat keluar dari telefon anda dengan tanpa pengetahuan.Pergi ke tetapan, dan klik pada Mobile Data untuk melihat aplikasi mana yang menggunakan data paling banyak pada telefon anda. Ambil tindakan yang sewajarnya.
  3. Kos penggunaan bil telefon yang tidak munasabah:  Virus yang berniat jahat pada telefon anda boleh menggunakan telefon anda untuk membuat panggilan dan menghantar teks/sms ke nombor premium/luar negara.  Hubungi pembekal khidmat rangkaian anda segera untuk dapatkan penjelasan. Jika anda dapat mengetahui dari mana mesej itu datang, ambil tindakan dengan segera 🙂 .
  4. Bateri yang cepat kehabisan secara luar biasa:  Virus dan malware di telefon anda akan menggunakan sumber telefon anda untuk beranak-pinak . Salah satu tanda-tanda telefon yang dijangkiti ialah dengan cara ini, jika telefon anda kehabisan bateri yang  sangat kerap, sudah tiba masanya untuk anda menilaikan semula sebabnya.
  5. Secara tiba-tiba aplikasi yang tidak dikenali muncul di telefon pintar:   Ini juga adalah tanda virus Android yang sangat biasa tetapi seringkali diabaikan.Pengguna Android seharusnya memuat turun aplikasi hanya dari Play Store sahaja untuk keselamatan anda. Pastikan aplikasi dinilai dengan baik, dan baca ulasan sebelum dimuat turun. Elakkan memuat turun aplikasi dari sumber-sumber yang meragukan. Jika anda melihat aplikasi yang tidak dikenali ini yang anda tidak pernah muat turun, segera buangkannya.

Ambil langkah berjaga-jaga bila mana peranti anda ada menunjukkan kesan-kesan seperti di atas ini.

Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat yang berguna kepada anda. Klik butang ‘Share’ kepada keluarga & sahabat handai anda.

Share: